Tuesday, December 9, 2008

Bad And GooD

Sudah sekian lama aku tidak menulis blog, pada malam ini tercetuslah post aku yang baru muahahaha *evil laugh* . Di sini ingin aku menyampaikan satu cerita yang benar. Pada suatu petang yang hening , bertanya aku kepada emak aku ,

"mak, mak ade nmpk baju #@# n seluar #@%@ tak?" kata aku.
"tadi mak tgk ade kat blakang, cube check kat blakang" balas emak aku.

Menujunya aku ke belakang untuk mencari baju and seluar aku . Tetapi hampa setelah melihat seluar n baju aku tiada di tempat yg aku inginkan. Bertanya lah aku kepada emak aku sekali lagi ,

"mak, takde pun kat blakang.." kata aku
"rasenye ade kat blakang tadi" jawab emak aku

Aku berkata kepada diri aku ,

"takpe, maybe ade org dah angkut bwk masuk dalam"

Dan selepas 3-5 hari , baju and seluar aku bertambah hilang ketika di sidai . Lantas menimbulkan rase tak puas hati . Sampaikan spender aku turut hilang. Yang anehnya , barang² orang lain tak hilang , tapi aku nye hilang. Aku nak pakai ape plak kalau sume dah hilang. Kalau aku ni orang kaya yg boleh beli baju n seluar sesuka hati anytime je takpe la gak..tapi aku ibarat kais pagi ada breakfast , kais tgh hari ada lunch :P

So di sini pada sape² yg curi aku nye seluar , baju , spender , etc etc tu silalah pulangkan balik kerana aku dah kekurangan seluar and baju. Takkan korang nak lihat aku ber"kotak" ke hulu ke hilir..tak sanggup kan? Oleh itu wahai pencuri seluar,baju,spender .. insaf lah kau dan pulangkan lah sesungguhnya jika kau tidak memulangkan ia, gatal lah badan² kau jika kau memakainya atau rabunlah mata kau dan pekaklah telinga kau ketika kau menjual barang² itu.

Macam power lak aku ni bagi sumpah kan? hahahaha saje² je , dah bengang. Sume boleh jadi, kalau korang jadi macam aku..tak ke bengang. Dah dah aku ade cite lain lak nak kongsi.

Aku jumpe sorang pakcik yg penuh falsafah di dalam bas RapidKL hari ni ketika menuju ke KL. Banyak sudah aku pelajari dari pakcik tersebut dan aku amat bertuah kerana telah mengenali seorang lagi insan yg berfikiran di atas tahap fikiran manusia biasa. Aku dan dia bertukar² falsafah dari falsafah negeri barat hingga ke timur , dari utara hingga ke selatan . Ianya cukup menarik sehingga hampir separuh dari penumpang bas menoleh utk mendengar perbualan kami. Dan aku amat menantikan pameran seni yg akan diadakan di RA gallery , no 6 jalan aman berdekatan dgn Ampang Park pada 20/12 /08 ni.

Pada sape² yg nak join aku, contact lah aku utk VIP =D

Wednesday, December 3, 2008

Nothing.More - Nothing.Less

Petang ni aku berjaya menyelongkar misteri di sebalik Pahlawan Naga *dota* yg tiada banyak orang berjaya mengetahui misteri di sebaliknya. And ianya memang best sehinggakan aku dapat melihat satu kerjaya di situ. Aku harap resume aku diterima supaya aku dapat rm 200-1000 free² je sebulan yay~! x).

And after that, N ajak aku gi lepak mamak John smbl aku meminta die lecture aku ttg storyboard utk web design. Thanks N sbb tolong aku :) , jasa baik mu akan ku kenang sehingga aku lupe :P hehehe. jk xD

Di saat aku menunggu bas, kelihatan 2 org akak yg seperti baru balik dari kerja menghampiri aku dari belakang. Dan mereka bergegas utk menaiki bas yg padat bagaikan tin sardin yg terlebih muatan. Dengan rase simpati, aku menahan akak² tersebut dan berkata dgn penuh konfiden.

"Akak, baik akak tunggu bas lagi satu. Kejap lagi sampai la,
sanggup ke akak berhimpit himpit macam org pelarian nak balik Philipine?"

Lalu akak² tersebut membatalkan nawaitu mereka utk menaiki bas yg penuh tu dan mereka memulakan aktiviti feveret mereka iaitu "mengutuk orang tanpa batasan" seperti liputan celcom tanpa batasan. Begitulah hebatnya aktiviti mereka sehingga orang yg tidak berkaitan turut terkena tempiasnya. Berikutnya adalah sedikit picisan² yg dipetik dan tak kurang juga kata² puaka dari mereka..

"Apa la diorang ni, bas dah penuh pun still nak naik"
"Sape org ni nak suruh² org kat dalam tu ke blkg?"
"Yg baru turun bas tu, pandai² la gi blkg beratur blk"
"pot pet pot pet pot pet"
"bla bla bla bla bla"
"#&*^#*&@^$*&@^*"

Yang paling aku tak tahan, time aku nak naik bas, diorang bergegas utk meng"cop" tmpt. Berikut adalah sedikit dari ayat diorang.

"Adik, akak nak duduk situ. Adik duk kat tmpt lain la ye? "

Aku tak kesah pun dgn tmpt duduk asalkan boleh duduk. Lagipun aku seronok berbual dgn kenalan aku, pak cik kopiah yg selalu berborak dgn aku di dalam bas Merah Biru Putih. Aku suke berborak dgn die kerna dia best :D .

Ketika aktiviti berjalan kaki pulang ke rumah, aku terbayangkan kesilapan aku yg paling besar and ketika itu lagu Audioslave - like a stone berkumandang di gegendang telinga aku. Ianya menimbulkan satu rase yg susah nak diterangkan tapi aku betul² menyesal dgn kesilapan tu.
Inginnya aku memutarkan waktu kembali sebelum kesilapan itu berlaku, tapi sayangnya kuasa itu tidak aku miliki. Lantas aku berharap semuanya kembali kepada sediakala supaya semua orang senang :) .

And tadi aku baru dirawat oleh seorang ustaz utk membuang sa.ka dalam badan aku dan sakitnya bukan kepalang lagi sehingga terkeluar air mata dari kelopak mata aku. Pilu, sakit , dan pelbagai perasaan yg sewaktu dgn nya bermain di dalam hati aku. Sehingga sekarang sakit itu tidak hilang tapi aku bersyukur kerana sa.ka itu keluar juga dari dalam badan aku. Hahahahahahahahaha sukanye aku , gimme 5 dude! xD

Setakat tu je blog aku malam ni, semoga kita berjumpa lagi sekiranya umur kita semua masih panjang :) . Semoga korang tak buat kesilapan yang besar seperti aku. Kerna aku betul² menyesal dgn kesilapan aku ketika itu. Renungkanlahh.....


Sunday, November 30, 2008

Satu sinaran yg menyilaukan mata menusuk-nusuk mataku yg sedang tertutup dgn enaknya. Dek sinaran itu, aku membangunkan diri aku utk menutup langsir dan secara tiba-tiba mata aku terpandang satu bende bulat yg mempunyai banyak angka. Dan terdapat 2 jarum besar di dalamnya. Agak pelik aku melihat bende bulat itu kerana satu jarum pada 12 and satu lagi jarum pada 35. Disebabkan aku pernah diajar menggunakan bende bulat itu, dgn penuh konfiden aku berkata pada diri aku sendiri,

"laaaa,awal lagi. Baru pukul 12.35"

Dengan penuh mamai, aku basuh muka gosok gigi. Makan then on9 . Tapi nasib tak menyelebelahi aku sbb aku terkena virus virus selsema yg membuatkan aku kurang selesa. Lantas aku mandi 3 kali dalam sejam utk hilangkan virus virus itu.

Akhirnya ianya hilang jua, entah ke mana aku tidak tahu. And aku berjuang di dalam alam maya hingga ke petang. Hari ni agak banyak jugak ayam-ayam yg baru berjuang dalam alam maya. Jadi memang senang nak tapau diorang. Tergelak-gelak aku keseorangan di dalam bilik bile melihat ayam-ayaman itu mati dan mengeluarkan kata-kata yg tidak berpuaka sangat. Lantas aku mengeluarkan kata-kata puaka tahap dewa terhadap ayam-ayaman itu sehingga mereka menjadi "leaver".

Malam itu pula, aku bermetal dgn suara-suara yg keluar dari peti suara mesin di tepi aku. 2 jam bermetal membuatkan aku rasa dahaga. Lalu aku turun ke bawah utk menyegarkan diri aku kembali. Esok ade kelas pulak. Aku rase malas pulak nak ke kelas esok. haizz -_-"
tapi takpe la, aku akan gagahkan diri pergi ke kelas esok demi ilmu dan juga duit ptptn aku yg telah ditipu oleh KLMU a.k.a Cosmopoint.

"cilakak ko klmu, ko tipu duit ptptn aku"

Begitulah kebanyakkan rungutan yang aku dengar dari pelajar-pelajar di sane. Oleh itu, ameklah pengajaran ini. Jika tidak mahu kena tipu duit ptptn dgn KLMU , jangan belajar dkt sini. Tapi kalau mahu senang faham and senang pandai, datang la KLMU xD
Pada pagi ni, aku bangun pkul 8 kerana dikejutkannya oleh sang handphone ku yg menyanyi ala katak memanggil bini. Lantas bersiap-siaplah aku ke satu destinasi yg dipanggil "Singa dan zaman Purba" atau dalam kata lain Sunway Piramid.

Bergegasnya aku bagaikan ribut taufan yang melanda kampung opah aku ketika dulu, tapi sayangnya aku tersekat di dalam kesesakan lalu lintas dek kerana mereka mereka yg memandu kenderaan. Oleh itu dgn pantasnya aku mengeluarkan kata-kata puaka terhadap mereka yang memandu dan juga mereka yg menunggang dalam hati.

Dengan berkat dan kesabaran aku (sabar la kot :P), sampai jualah aku ke Sunway Piramid setelah melepasi halangan dan juga onak duri dalam perjalanan tadi. Perkara pertama yang perlu aku buat, redeem card sunway privilage card and bagi kat paan sempena hadiah bsday die. And perkara kedua adalah mengorat anak-anak dara di situ. Tapi aku cancel perkara kedua sebab tiada yg berkenan di hati. hahahahaha , lantas aku mengorak langkah ke KFC setelah bertanya pelbagai soalan kepada semua lapisan masyarakat.

"abang,tumpang tanya.KFC kat luar sunway tu kat mane ye?"
"akak,tumpang tanya.KFC tu kat mane?"
"adik,tumpang tanya.KFC tu ape ye?dah puas dah round cari menatang tu"

Setelah aku berjaya menjejaki di mana KFC berada, dgn pantas kaki aku bergerak bagaikan robocop yg dh sewel. Melilau-lilau mata aku dibuatnya utk mencari sahabat-sahabat aku.
Tetapi setelah puas mencari, tiba-tiba terpandangnya aku dkt satu tangga yg ditutupi dgn rantai besi. Timbul satu idea yg bijak,

"cari diorang kat atas la pulak"

Dgn daya perisik, aku berjaya menemui mereka dan menyelamatkan ayam aku dari dimakan oleh mereka. hahahahahaha xP . Selepas itu, berjalan lah pula ke Haadgen Dasz utk makan ais-krim jualah. Dan aku menikmati semua itu dgn hati yg best.

And aku mencadangkan kepada mereka supaya main ice skating tapi tidak jadi. Then ke Boling tapi tidak jadi dan lantas bergerak la kalian ke tmpt memanah di mana berdekatan dgn Pusat Boling. Lalu memanahnya aku ke sasaran dgn tak tepatnya malahan tangan kiri aku menggeletar tanpa henti dek kepenatan.

Izzy mengajak aku utk menonton cerita Twilight, tapi berdasarkan daya imaginasi aku. Starlight, eh Twilight tak mampu utk mengubat hati aku. Lalu dgn hati yg cekal dan tabah, Antoo Fighters jua lah pilihan aku. Dan aku bagi 10/10 markah kepada cerita itu kerana telah mengubat hati aku utk seketika dan menceriakan hidup aku.

Matahari terbenam lalu terbitlah si Botak Kuning yg mengeluarkan cahaya yg agak malap² di awan-awangan. Aku lantas membuat keputusan ingin balik. Tetapi jangkaan aku meleset kerana bas yg ditunggu-tunggu rupenye lambat smpai setelah hampir sejam jugak lah menunggu si kotak merah biru putih tu.

Maka mengorak lah langkah aku pulang dan sampai jualah aku di rumah ini dgn selamat pada pkul 1. Dan aku ingin tido sekarang.
Bye kawan-kawan. Terima kasih kerana sudi membaca blog aku ni :D