Thursday, May 26, 2016

Aku , Dia & Sesuatu

Sighh ... harus bagaimana aku ungkapkan perasaan ini .. yang datang bagaikan angin yang menghembus ...
hilang bak kabus tatkala malam berkelam ...


Song played while I'm wrote this blog : Gun N' Roses - Don't Cry


Fuhhhhhh ~~~
Berat ... sangat berat , untuk aku ungkapkan semuanya .

Ianya bagai disusun begitu cantik dan rapi , oleh Dia untuk hambaNya ...

Okay , let me start from here .....
Aku punyai seorang gadis , yang dinamakan sebagai "S" .
Aku dan S punyai hubungan yang boleh dikatakan sebagai seorang kekasih , seorang kawan , dan seorang yang melengkapi hidup aku.
Tapi malangnya .. dia hubungi aku pada minggu yang lepas , mengatakan bahawa Ibunya menyuruh die berkahwin dengan seseorang ..
Lantas menyebabkan , aku rasa kelu .. duka dan pasrah ..

Ya , memang aku mengatakan aku tidak meletakkan hati lebih pada 20% kepadanya ..
Tapi 20% ini yang menyebabkan aku sakit hati .. dan pasrah .

Tapi pada masa yang sama , aku berkenalan pula dengan seorang gadis yang dinamakan sebagai "L" ..
L bagi aku adalah seorang gadis yang di mana , aku tertarik akan sesuatu pada dirinya yang aku sendiri pun tidak pasti ..

Nak dikata pada rupa , tidak sama sekali ...
Nak dikata pada badan , tidak sama sekali ...
Nak dikata pula pada budi dan jiwa , hurmm mungkin boleh jadi ..


Kerna ianya sesuatu yang aku sendiri pun tidak mengerti , fahami tetapi aku begitu tertarik kepadanya ..
Adakah ini yang dinamakan sebagai cinta ?
Ataupun hanya sekadar perasaan aku sendiri .. hurmm aku pun tidak pasti ...

Kerna pada status dirinya , dia sudah dimiliki oleh seseorang ..

Dan kerna itu jualah , aku jadi serba salah dan buntu dengan keadaan seperti sekarang.
Aku punya kekasih , yang bakal berkahwin .. dan dia punya kekasih.
Dan dia ada meluahkan yang dia juga tertarik seperti mana aku tertarik kepada dia ...
Namun , adakah ianya akan berterusan .. atau hanya sebagai picisan yang bermula dengan kata , dan berakhir dengan kehilangan ?

Aku sudah tidak sanggup kehilangan sesuatu yang aku sayang ... ya aku sudah mula rasa sayang kepada dia .
Tapi harus bagaimana , aku luahkan ini ... hanya di tempat yang tiada orang , sepi seperti blog aku ini jualah aku luahkan segala rasa yang terpendam di dalam jiwa aku yang berkecamuk , bergelogak ibarat ombak yang tidak bertepi ..

Mungkin bagi kamu , wahai pembaca .. Aku tidak setia .. namun apa yang kamu boleh buat , jika seseorang yang kamu cintai .. akan berkahwin dengan orang lain .. dan pada masa yang sama , kamu berjumpa dengan seseorang yang kamu rasa boleh membuatkan kamu , adalah kamu ... dan kamu selesa dengannya ??

Entahlah .. nak dikata aku berbohong kepada perasaan aku ..
Aku amek berat , aku sayang dan jika jodoh aku dengan "L" , aku terima .
Aku cuma boleh berdoa ... agar aku tidak lagi kehilangan seseorang yang aku sayang .. dan tidak lagi bertepuk sebelah tangan ...


Wednesday, February 11, 2015

Bab ke seratus 30 muka surat : Perkahwinan

Dewasa ini , aku kian diperlihatkan oleh keindahan serta mimpi ngeri akan sesuatu yang kita panggil "Perkahwinan".
Bla... bla ... bla ... bla ...

Ahhhh ~~ malasnye utk aku taip macam tu . Aku lebih suke dengan cara aku yang sebegini .
Banyak kali aku ditanya soalan sebegini rupe ...

Bile nak kawin ?
Dah ada calon ke ?
Bile nak bawak jumpe ?

Begitu banyak sekali soalan yang dituju kepada aku .
Sampaikan aku bermimpi pada pagi tadi , berkahwin dengan seseorang .

Aku tidak kenal siapa kah dia ?
Aku tidak tahu asal usul dia ?
Aku tidak tahu serba serbi tentang dia ...

Yang aku tahu , aku berjumpa dia di sebuah rumah .
Di mana , aku duduk bersama keluarga aku , bertandang ke rumah seseorang .
Entah macam mana , si bapa kepada gadis tersebut bertanya kepada aku ,
"Awak nak kawin tak skarang ? "
Aku menjawab "Kalau ada calon , apa salahnya ?" , jawab ku sambil tersengih hehehe

Terus si bapa suruh aku duduk dkt dpn dia , dan jabat tangan aku serta menyuruh aku menikahi anak perempuan beliau .
Aku pun dengan satu lafaz , berjaya menjadikan gadis tersebut , isteri aku yang sah .
Pada saat tersebut , aku mengetahui akan kegembiraan serta kebahagiaan , walaupun hanya selepas akad nikah dan tanpa mengetahui apa apa pun tentang gadis itu ..
Namun perasaan itu , amat lah indah , indah yang tidak dapat ku katakan dengan kata kata ~

Dan ianya berlanjutan sehingga mimpi aku tamat .
lalu aku sedar , sedar bahawa aku perlukan seseorang utk memenuhi ruang kosong di hati aku ini .
Ini adalah satu petanda , bahawa jodoh ku sudah dekat .
Dengan siapa , tidak menjadi persoalan . Cuma apa yang aku pasti , aku mahukan kebahagiaan .

Kebahagiaan.
Kebahagiaan ...
Kebahagiann .....

itu yang aku mahu .
Di manakah kamu , wahai bakal isteri ku ~ ehehe
Dah tu je la aku nak taip .
Sebab aku taip sambil tersenyum .... keseorangan ~

Sunday, January 11, 2015

Kejam ... dalam suram

Pukul 6:35 pagi .
Tarikh 11/1/2015
Keadaan : Hujan lebat , selebat hujan di hati ....
Now Playing : Eminem - Cold Wind Blows

Aku sendiri ... di tempat kerja .
Mengenangkan apa yang berlaku semalam , peristiwa yang pahit ... berulang sekali lagi.
Kenapa ??!!
Apakah aku ini hanya ... suatu objek , yang dinamakan ANAK kerna aku diberanakkan oleh kamu berdua ?

Apa silap aku ? Apa jeliknya aku pada kamu ? Apa aku ni tak bergunakah untuk kamu ?
Apa , sebab aku tidak punyai pelajaran yang setinggi gading bak PETRONAS , mahupun MASTER , PHD seperti yang lain ?
Adakah kerna aku punyai satu sijil yang bernama PELAJARAN MALAYSIA ?
Atau adakah kamu malu , punyai anak yang seperti aku , berfikiran tidak seperti orang lain dan berkelakuan tidak seperti manusia norma ?

Ya , aku sedar aku berfikir , bertindak dan gerak geri ku , lidah ku , serta mata ku tidak seperti yang lain.
Aku juga sedar , pada aku , hanya buruk saja yang kamu nampak .
Kerna yang baik itu aku sembunyikan ....
Dan aku yakin . Allah melihat aku . setiap gerak geri ku , dan apa yang aku telah korbankan untuk keluarga .
Tidak seperti apa yang kau dapat bayangkan dengan mata kasar , mahupun depan mata .

Aku tidak ingin mengungkit apa yang aku telah lakukan terhadap keluarga dan terhadap kamu berdua.
Tapi pagi ni , aku begitu sakit hati ... kamu abaikan aku setelah sekian lama , dan kali ini kamu lakukan dengan begitu kejam .
Sehingga berpihak pada yang salah ..... apa , aku ini jahat atau burukkah aku terhadap pandangan kamu ?

Adakah kamu sedar , di mana anak anak kamu yang lain sebanyak 6 orang itu ?
Di mana mereka , pada saat kamu sakit ?
Di mana mereka , pada saat kamu sedih ?
Di mana mereka , pada saat kamu memerlukan mereka ?
Di mana mereka , pada saat kamu kesunyian di rumah ?
Di mana mereka , pada saat kamu ingin berbual dengan seseorang ?
Di mana mereka , pada saat kamu bergaduh .. aduh , sert

Adakah kamu fikir , kenapa aku hanya bekerja berdekatan dengan rumah ?
Adakah kamu fikir , kenapa aku menolak kerja yang bergaji lebih RM3500 , dan memilih untuk bekerja dengan gaji yang jauh lebih rendah dari itu ?
Adakah kamu fikir , kenapa hanya aku di rumah ? menolong , menerima segala caci maki , menadah ludah , mengeraskan hati supaya lebih mati ....

Aku cuma mahu tenang .... kasih sayang , serta perhatian dari kamu .
Aku tidak kesah , kalau adik beradik ku yang lain , bencikan aku .
Kerna itu semua aku sudah lali , sejak dari azali.
Aku tahu , semua itu .
Tapi .... bolehkah kamu memberikan aku .... kasih sayang .
Tidak banyak yang aku pinta , cuma secebis ... sudah dapat mengisi ruang dalam hati aku , yang semakin gelap .
Kian gelap , dari hari ke hari.

Untuk mu , insan yang begelar ABAH ...
Kenapa kau , mempertahankan orang yang salah . Dan kau hampir pukul aku yang sedang ketiduran .
Aku dikejutkan dengan kata caci maki mu , jeritan mu .
Aku ini siapa ? ANJING ? BABI ? RUMPUT ? POKOK ? BATU ?
Aku bangun terpinga-pinga ... dan baru aku tahu , itu adalah kerna mulut puaka si AKAK AKU .

KENAPA DEK KECELAKAAN MULUT KAU , AKU YANG KENA ??
Aku dilayan persis angsa hitam ataupun itik hitam , aku tidak tahu . dalam cerita beliau di dalam keluarga yang serba putih , hanya beliau berwarna hitam , serta dilayan buruk oleh adik beradik serta ibu nya..

Aku menahan geram , menelan marah , memendamkan segala apa yang ada di jiwa ...
bukan sebab takut , tapi sebab aku masih hormat kepada abah .
kau hampir melayangkan penumbuk di muka aku , setelah sekian lama muka aku ini tak ditumbuk oleh kau.
dek kerana cucu kau yang kecik itu ada disitu yang membuatkan kau tidak jadi untuk menumbuk aku.

Lantas dengan itu , kebencian dalam diri aku , makin menular , makin membiak , makin menghitam .
Menghitami setiap ruang pelusuk dalam badan , minda serta jiwa aku .
Aku tak salahkan kau , wahai abah yang aku sayangi ... aku tak salahkan akak , wahai akak yang aku benci
tapi aku salahkan diri aku , kenapa masih bertahan di situ ? menahan segala onak dan duri .
biarpun tahu , akan mati, segala jiwa , perasaan , hati serta segala sisa baki .

Oh tuhan , aku berpegang kepada ayat ini , Kau tidak akan menolong hamba-Mu , jikalau hamba-Mu ini tidak menolong dirinya sendiri , bukan ?
Aku tekad , akan berpindah keluar daripada rumah ini .
Setelah aku mengumpul duit untuk menyewa rumah , entah di mana .
Mungkin di KL , mungkin di Shah Alam ataupun mana mana jua yang aku fikir, boleh membiarkan aku sendiri ... untuk aku menyepi dalam kelam , bersuara dalam diam , dan menangis sepuas puasnya di mana tiada siapa yang mendengar ...

Aku penat . lelah jerih ku , dibalas dengan segala perkara negatif.
Aku dah penat dengan kawan yang hanya bergelar kawan pada dasarnya , tapi berkulit binatang , berhatikan syaitan , bertopengkan anjing , bertelingakan iblis .

Aku penat ... dengan segalanya .
Aku cuma mahu , seseorang untuk ... memahami aku , menerima aku seadanya , menolong aku untuk bangkit , sebagai sumber aku senyum di dunia yang penuh calit calit daki hitam yang ditinggalkan si keji duniawi.

ini impian aku , pabila aku keluar dari rumah .
CARI RUMAH SEWA , SIMPAN RAMBUT PANJANG & Dreadlock kan rambut , cacah tatu pada badan .
Yang lain , pergi mati . Aku tak kesah . Asal AKU PUAS !!!!!!!!!!!!

Sekian, aku akhiri catatan aku untuk hari ini , dengan ucapan FUCK YOU ! I'm enough with this SHIT .
*aku menulis dengan dibasahi hujan , di pipi ........."

Wednesday, December 3, 2014

Aku dan dia ~

Rabu , 3 Disember 2014 , 1:48 Petang

Selamat petang dunia ~

Aku baru bangun tido ... penat bekerja di malam hari.
Yup , tajuk pada petang ni , "Aku dan Dia".
Aku mimpikan dia , ya ... DIA (IQA).

Tapi yang tak best nye , tiap kali aku mimpikan dia .
Mesti dia curang dekat aku , entah la .. kenapa ~
Mungkin itu alamat untuk aku , supaya lupakan dia ...
AKu cuba ... cuba dan cuba, tapi gagal .

Pada mimpi tu , aku tengah bekerja , dan tika itu , aku baru keluar dari tandas dan sedang menuju ke bahagian penyambut tetamu di sebuah hotel , di tempat aku .
Aku terserempak dengan Iqa yang tengah mendaftarkan diri untuk "Check-In" di hotel tersebut ..
Aku diam . Kelu seribu bahasa pabila bersua, entah kenapa mulut aku yang sentiasa petah berbicara , terkunci .
Perasaan aku bercampur-campur , sedih , kecewa , gembira . entah lah bagaimana hendak ku katakan semua ini , tapi aku hanya diam . Dan memerhatikan dia saja .

Dan apa yang aku ingat , aku pergi ke pantai di Port Dickson sebab dah plan untuk pergi mandi kat sana .
Cuma aku lambat , sebabkan kerja aku .
Sampai sampai kat pantai tu (tak ingat nama pantai) , aku jalan ah kaki , sambil bakar rokok ~
Makin dekat aku dengan kawan kawan aku tu , aku terperasan akan sesuatu .
Aku nampak kelibat perempuan tengah bermain air , maksud aku .. ala yang mcm simbah air laut kat orang tu .
haaa macam tu laaa ~ bukan main ape .. aku nmpk perempuan tu tengah simbah simbah air kat kawan2 aku.
Mata aku tertumpu pada rantai yang dia pakai .... itu rantai aku !
Macam mana dia boleh pakai rantai aku tu ?
Terus aku pergi dekat perempuan yang tengah main air tu , (IQA LA MAKSUD AKU) .
Aku tanya kat dia "Mana awak dapat rantai tu ?"
Lantas kawan aku mencelah , "Sorry a din .. aku yang bagi rantai tu kat dia ... dia yang mintak"

Aku rasa geram gila , apsal ko gi amek rantai aku , pastu kau bagi kat dia .
Apa bagus sangat perangai kau ni ? Marah aku membuak ... dah la depan depan mata dia "check-in" ...
Ni amek rantai aku pulak , lepas tu apa pun aku tak tahu.
Aku cuba tenangkan diri aku dekat tepi pantai .. satu demi satu rokok aku bakar .
Kawan aku datang ... masih lagi meminta maaf akan hal tersebut .

"Din , sorry ah . Dia stalk kau kaw-kaw bro ~ Tempat keje ko , mana ko duduk skarang , no tepon kau , baju kau pun dia mintak satu dari aku ... katanya rindu bagai ."
Aku pandang kawan aku , lantas menanyakan soalan yang bukan macam soalan pun ~ "Rindu ?! Rindu macam tu ? Itu bukan rindu bagi aku , itu saja nak tambahkan luka di hati aku ni... ko pun tau aku kan , nampak je kental kat luar , tapi hati aku tetap macam ni, mudah pecah ... apesal die buat aku mcm ni ?? Kalau nak ... buat cara nak , jangan wat macam ni . Pedihhh beb !"

Perghhh , air mata jantan aku jatuh beb masa tu .
Hati aku pedih , perit gile masa tu .. kalau luka kat badan , boleh aku rawatkan .
Ni luka kat hati , mcm mana laaa aku nak rawat , sentuh , dan lihat ..
Aku nampak Iqa tengah berjalan sambil tunduk , menuju ke arah aku ..
Lantas aku palingkan muka aku ke tempat lain ... sambil menangis .
Tup-tup aku tersedar yang aku tengah menangis sambil bermimpi ...
Aku mengucap banyak kali , aku kesat air mata aku , aku duduk diam , sandar pada dinding ..
Mengingat kembali cebisan cebisan mimpi agar bisa aku contengkan di blog aku ni .
Dan inilah hasilnye , sedikit tapi sakit.

Aku , rindukan dia.
Mungkin , dia rindukan aku .
Atau mungkin tak ... hanya perasaan aku..

Wednesday, November 26, 2014

Hati yang sakit .... masih sakit hingga sekarang ~

Entah kenapa ...
sejak dua menjak ni , aku sering kali sakit hati ... sunyi ... sendiri ...
mungkin aku teringat kisah2 cinta aku yang dahulu ?
tatkala cinta aku dibalas dengan dusta ?

hurmmmm ... aku dah maafkan kesemuanya , tapi aku takkan boleh lupakan .
saat saat aku dicurangi , dimarahi , dituduh itu ini .. sedangkan apa yang aku nmpk .
adalah di depan mata aku sendiri . bukan dari apa yang orang lain bagitau .

tah lah ...aku serik bercinta .
tapi aku takkan bercinta untuk masa sekarang .
sebab aku masih lagi dihantui bende2 silam .
bukan sebab aku taknak , tapi aku takut ... takut dicurangi lagi .
walaupun bukan dengan wanita yang sama . tapi ianya still sama .. wanita .

kawan kawan aku menggelar aku sebagai seorang yang gay hanya disebabkan aku muak , jelik dengan wanita zaman skarang.
entah la . bagi aku , aku bukan gay . cuma pintu hati aku masih tertutup untuk menerima wanita .
tapi pada masa yang sama , aku sakit ... aku sunyi .
kalauhlah aku boleh ungkapkan perasaan ini dalam ayat . sudah pasti akan aku ungkapkan .

cukuplah 3 kali aku dicurangi oleh 3 wanita yang berbeza .
aku hanyalah "3 times guy" ... yang memberi hati pada wanita yang tak tahu erti menghargai .
mungkin , bagi mereka . aku ini hanya tempat persinggahan . ataupun si patung yang hanya dipeluk , disayang , dan dibelai tatkala bosan ataupun apabila sunyi .....
aku juga punya perasaan , punya hati , punya jiwa .
aku ingin berkongsi perasaan aku , hati aku dan jiwa aku bersama wanita ...

tak bolehkah mereka paham aku , yang setia bagai nak gila
hanya untuk memuaskan hati mereka ... tapi hati aku , aku simpan , aku sorok jauh2 ... walaupun terluka.
aku tak peduli , asalkan mereka puas . tersenyum girang .
biarlah aku bersusah payah , asal mereka dapat apa mereka nak .
tapi itu aku yang dulu ...... aku yang bodoh . sanggup habiskan harta , masa dan juga hati kepada mereka yang kejam !

andai waktu itu diputar kembali .
aku akan pilih untuk tidak mengenali akan mereka . dan hanya teruskan hidup seperti sediakala .
dimana tiada wanita , tiada hati , dan tiada sakit di jiwa.



aku ... hanya . mahu gembira .
tolong , jangan hancurkan ... hati aku lagi

yang ikhlas ,
aku

Sunday, May 25, 2014

Anak macam ini ...

Ok.
Aku tahu tajuk pada post terbaru aku ini agak terjulur sedikit satu persatu bangsat yang aku alami selama ini.
Tapi, bullshit wey !

Aku terkadang, rindukan di saat kau memanggil ku dengan penuh kasih sayang, bukan hanya dengan caci maki.
Wahai, insan yang dikenali sebagai ABAH !
Adakah kau sedar, perkataan "ANAK MACAM NI ! ANAK MACAM NI !" yang selalu kau ungkapkan dengan penuh perasaan marah, tanpa ada sedikit pun ! sedikit pun, kata2 yang penuh kasih sayang seperti dulu.

Apa, aku ini siapa bagi kamu ?
Anasir yang hanya bergelar anak mahupun si musibat yang hanya menumpang kasih (kalau ada) serta belas ihsan dari kamu, wahai seseorang yang aku damba... abah.

Apa, kamu tidak sadar akan sakitnya... cucuknya... bisa yang menular...
akibat dari kata kata itu, wahai abah ?

Apa, kamu tidak sadar, bahawa senjata yang paling tajam di dunia ini...
adalah lidah ?
Ianya pesanan dari Imam Ghazali R.A

Aku sadar, bahwa ceteknya ilmu serta iman mahupun segala-galanya di dunia ini...
jikalau ku hendak membandingkan ia dengan kamu.
Tapi percayalah...
Aku juga ingin rasa diberi kasih sayang dari keluarga...
Aku meronta. Aku kecewa. Aku sendiri.
Cukuplah didustai oleh sang mahluk yang digelar "Wanita".
Aku cuma mahu kasih sayang daripada suatu ikatan yang bergelar "Keluarga".

Tapi. Di mana?
Sejak kecil, dipukul, diheret, dihentak, dilibas, disepak, ditumbuk, sampai dikejar dengan parang.
Apa, aku ini apa ?
Bangsat barangkali ? Si penyamun ? Si gagal yang tidak bisa membahagiakan kamu, kerna aku tidak punya duit yang banyak seperti mana adik beradik aku ?

Apa, semua ini ?
Bangsat barangkali.
Biarkan aku sendiri.
Dalam dunia aku sendiri.
Tanpa ada sesiapa, yang menemani.
Cukup hanya aku.

Saturday, May 24, 2014

Kerna aku.. adalah aku

"SAMPAH ! TAK BERGUNA ! BAIK MATI JE ! HIDUP MENYUSAHKAN ORANG ! KALAU SATU HARI TAK MENYUSAHKAN, TAK BOLEH KE?"

Ini adalah ayat-ayat klise yang selalu digunakan untuk insan seperti aku.

Pabila kau sudah dikecam sebegitu rupa, persetankan mereka.
Mereka hanya tahu menilai, tapi tidak melihat apa di dasar hati kau.

Apakah kau perlukan perhatian dan kasih sayang ?
Terutama dari keluarga? mahupun daripada orang yang tersayang ?

Kau itu merujuk kepada aku. aku yang sedang melihat akan diri aku dari suatu sudut yang berlainan.
Dikecam sebagai kambing hitam, memalukan keluarga , tidak kenal apa itu kasih sayang sejak dari kecil , serta sering kali dipersalahkan walaupun bende itu tidak ada sangkut paut dengan diri aku ... walau sehalus debu.

Perasaan itu, pabila ditelan, dihadam, tapi tidak boleh dicerna ... hanya bermain di fikiran dan jiwa.

Satu.
Dua.
Tiga.
Masalah timbul, satu persatu, dua beserta tiga mahupun empat.
Aku hadapi keseorangan. Seorang. Diam. Sepi.
Itulah aku.

Apakah aku mahukan kasih sayang ? Terutama daripada keluarga ?
Sudah pasti aku mahukan ! Tapi akan aku tolak , satu persatu. Buat masa sekarang.
Kerna jiwa aku. Kosong, tiada terisi, hanya berkocakan, berpeleseran di tengah jiwa yang bangsat ini.

Aku pandang ke depan. Memikirkan akan sesuatu.
"Apakah aku ini, bisa begini selamanya ?"
"Memang akan ada sesuatu hikmah disebalik semua ini. Untuk aku pasakkan di dalam jiwa !"

ermmm ..
hidup aku lebih tenang sekarang.
walaupun tidak semewah korang korang semua.
tapi apa aku peduli ? asalkan hidup aku tak terganggu oleh syaitan syaitan yang bertopengkan manusia, berhatikan binatang, berperangai seperti iblis.
puas hati aku.
walaupun hati aku memang tidak akan pernah puas.

ah !
persetankan.
Aku perchaya , akan satu kewujudan. yakni Allah SWT.
Dia pasti tidak akan mensia-siakan aku.

Satu.
Dua.
Dan tiga.

Aku nak katakan.
Aku mungkin sampah di mata kau, kau dan kau !
Tapi aku rela jadi sampah di mata kau, kau dan kau sebab aku tahu.
Kau dan aku, satu kewujudan yang berbeza.
Kerna aku.

Adalah aku...