Sunday, November 30, 2008

Satu sinaran yg menyilaukan mata menusuk-nusuk mataku yg sedang tertutup dgn enaknya. Dek sinaran itu, aku membangunkan diri aku utk menutup langsir dan secara tiba-tiba mata aku terpandang satu bende bulat yg mempunyai banyak angka. Dan terdapat 2 jarum besar di dalamnya. Agak pelik aku melihat bende bulat itu kerana satu jarum pada 12 and satu lagi jarum pada 35. Disebabkan aku pernah diajar menggunakan bende bulat itu, dgn penuh konfiden aku berkata pada diri aku sendiri,

"laaaa,awal lagi. Baru pukul 12.35"

Dengan penuh mamai, aku basuh muka gosok gigi. Makan then on9 . Tapi nasib tak menyelebelahi aku sbb aku terkena virus virus selsema yg membuatkan aku kurang selesa. Lantas aku mandi 3 kali dalam sejam utk hilangkan virus virus itu.

Akhirnya ianya hilang jua, entah ke mana aku tidak tahu. And aku berjuang di dalam alam maya hingga ke petang. Hari ni agak banyak jugak ayam-ayam yg baru berjuang dalam alam maya. Jadi memang senang nak tapau diorang. Tergelak-gelak aku keseorangan di dalam bilik bile melihat ayam-ayaman itu mati dan mengeluarkan kata-kata yg tidak berpuaka sangat. Lantas aku mengeluarkan kata-kata puaka tahap dewa terhadap ayam-ayaman itu sehingga mereka menjadi "leaver".

Malam itu pula, aku bermetal dgn suara-suara yg keluar dari peti suara mesin di tepi aku. 2 jam bermetal membuatkan aku rasa dahaga. Lalu aku turun ke bawah utk menyegarkan diri aku kembali. Esok ade kelas pulak. Aku rase malas pulak nak ke kelas esok. haizz -_-"
tapi takpe la, aku akan gagahkan diri pergi ke kelas esok demi ilmu dan juga duit ptptn aku yg telah ditipu oleh KLMU a.k.a Cosmopoint.

"cilakak ko klmu, ko tipu duit ptptn aku"

Begitulah kebanyakkan rungutan yang aku dengar dari pelajar-pelajar di sane. Oleh itu, ameklah pengajaran ini. Jika tidak mahu kena tipu duit ptptn dgn KLMU , jangan belajar dkt sini. Tapi kalau mahu senang faham and senang pandai, datang la KLMU xD

No comments: