hilang bak kabus tatkala malam berkelam ...
Fuhhhhhh ~~~
Berat ... sangat berat , untuk aku ungkapkan semuanya .
Ianya bagai disusun begitu cantik dan rapi , oleh Dia untuk hambaNya ...
Okay , let me start from here .....
Aku punyai seorang gadis , yang dinamakan sebagai "S" .
Aku dan S punyai hubungan yang boleh dikatakan sebagai seorang kekasih , seorang kawan , dan seorang yang melengkapi hidup aku.
Tapi malangnya .. dia hubungi aku pada minggu yang lepas , mengatakan bahawa Ibunya menyuruh die berkahwin dengan seseorang ..
Lantas menyebabkan , aku rasa kelu .. duka dan pasrah ..
Ya , memang aku mengatakan aku tidak meletakkan hati lebih pada 20% kepadanya ..
Tapi 20% ini yang menyebabkan aku sakit hati .. dan pasrah .
Tapi pada masa yang sama , aku berkenalan pula dengan seorang gadis yang dinamakan sebagai "L" ..
L bagi aku adalah seorang gadis yang di mana , aku tertarik akan sesuatu pada dirinya yang aku sendiri pun tidak pasti ..
Nak dikata pada rupa , tidak sama sekali ...
Nak dikata pada badan , tidak sama sekali ...
Nak dikata pula pada budi dan jiwa , hurmm mungkin boleh jadi ..
Kerna ianya sesuatu yang aku sendiri pun tidak mengerti , fahami tetapi aku begitu tertarik kepadanya ..
Adakah ini yang dinamakan sebagai cinta ?
Ataupun hanya sekadar perasaan aku sendiri .. hurmm aku pun tidak pasti ...
Kerna pada status dirinya , dia sudah dimiliki oleh seseorang ..
Dan kerna itu jualah , aku jadi serba salah dan buntu dengan keadaan seperti sekarang.
Aku punya kekasih , yang bakal berkahwin .. dan dia punya kekasih.
Dan dia ada meluahkan yang dia juga tertarik seperti mana aku tertarik kepada dia ...
Namun , adakah ianya akan berterusan .. atau hanya sebagai picisan yang bermula dengan kata , dan berakhir dengan kehilangan ?
Aku sudah tidak sanggup kehilangan sesuatu yang aku sayang ... ya aku sudah mula rasa sayang kepada dia .
Tapi harus bagaimana , aku luahkan ini ... hanya di tempat yang tiada orang , sepi seperti blog aku ini jualah aku luahkan segala rasa yang terpendam di dalam jiwa aku yang berkecamuk , bergelogak ibarat ombak yang tidak bertepi ..
Mungkin bagi kamu , wahai pembaca .. Aku tidak setia .. namun apa yang kamu boleh buat , jika seseorang yang kamu cintai .. akan berkahwin dengan orang lain .. dan pada masa yang sama , kamu berjumpa dengan seseorang yang kamu rasa boleh membuatkan kamu , adalah kamu ... dan kamu selesa dengannya ??
Aku amek berat , aku sayang dan jika jodoh aku dengan "L" , aku terima .
Aku cuma boleh berdoa ... agar aku tidak lagi kehilangan seseorang yang aku sayang .. dan tidak lagi bertepuk sebelah tangan ...