Sunday, November 30, 2008

Satu sinaran yg menyilaukan mata menusuk-nusuk mataku yg sedang tertutup dgn enaknya. Dek sinaran itu, aku membangunkan diri aku utk menutup langsir dan secara tiba-tiba mata aku terpandang satu bende bulat yg mempunyai banyak angka. Dan terdapat 2 jarum besar di dalamnya. Agak pelik aku melihat bende bulat itu kerana satu jarum pada 12 and satu lagi jarum pada 35. Disebabkan aku pernah diajar menggunakan bende bulat itu, dgn penuh konfiden aku berkata pada diri aku sendiri,

"laaaa,awal lagi. Baru pukul 12.35"

Dengan penuh mamai, aku basuh muka gosok gigi. Makan then on9 . Tapi nasib tak menyelebelahi aku sbb aku terkena virus virus selsema yg membuatkan aku kurang selesa. Lantas aku mandi 3 kali dalam sejam utk hilangkan virus virus itu.

Akhirnya ianya hilang jua, entah ke mana aku tidak tahu. And aku berjuang di dalam alam maya hingga ke petang. Hari ni agak banyak jugak ayam-ayam yg baru berjuang dalam alam maya. Jadi memang senang nak tapau diorang. Tergelak-gelak aku keseorangan di dalam bilik bile melihat ayam-ayaman itu mati dan mengeluarkan kata-kata yg tidak berpuaka sangat. Lantas aku mengeluarkan kata-kata puaka tahap dewa terhadap ayam-ayaman itu sehingga mereka menjadi "leaver".

Malam itu pula, aku bermetal dgn suara-suara yg keluar dari peti suara mesin di tepi aku. 2 jam bermetal membuatkan aku rasa dahaga. Lalu aku turun ke bawah utk menyegarkan diri aku kembali. Esok ade kelas pulak. Aku rase malas pulak nak ke kelas esok. haizz -_-"
tapi takpe la, aku akan gagahkan diri pergi ke kelas esok demi ilmu dan juga duit ptptn aku yg telah ditipu oleh KLMU a.k.a Cosmopoint.

"cilakak ko klmu, ko tipu duit ptptn aku"

Begitulah kebanyakkan rungutan yang aku dengar dari pelajar-pelajar di sane. Oleh itu, ameklah pengajaran ini. Jika tidak mahu kena tipu duit ptptn dgn KLMU , jangan belajar dkt sini. Tapi kalau mahu senang faham and senang pandai, datang la KLMU xD
Pada pagi ni, aku bangun pkul 8 kerana dikejutkannya oleh sang handphone ku yg menyanyi ala katak memanggil bini. Lantas bersiap-siaplah aku ke satu destinasi yg dipanggil "Singa dan zaman Purba" atau dalam kata lain Sunway Piramid.

Bergegasnya aku bagaikan ribut taufan yang melanda kampung opah aku ketika dulu, tapi sayangnya aku tersekat di dalam kesesakan lalu lintas dek kerana mereka mereka yg memandu kenderaan. Oleh itu dgn pantasnya aku mengeluarkan kata-kata puaka terhadap mereka yang memandu dan juga mereka yg menunggang dalam hati.

Dengan berkat dan kesabaran aku (sabar la kot :P), sampai jualah aku ke Sunway Piramid setelah melepasi halangan dan juga onak duri dalam perjalanan tadi. Perkara pertama yang perlu aku buat, redeem card sunway privilage card and bagi kat paan sempena hadiah bsday die. And perkara kedua adalah mengorat anak-anak dara di situ. Tapi aku cancel perkara kedua sebab tiada yg berkenan di hati. hahahahaha , lantas aku mengorak langkah ke KFC setelah bertanya pelbagai soalan kepada semua lapisan masyarakat.

"abang,tumpang tanya.KFC kat luar sunway tu kat mane ye?"
"akak,tumpang tanya.KFC tu kat mane?"
"adik,tumpang tanya.KFC tu ape ye?dah puas dah round cari menatang tu"

Setelah aku berjaya menjejaki di mana KFC berada, dgn pantas kaki aku bergerak bagaikan robocop yg dh sewel. Melilau-lilau mata aku dibuatnya utk mencari sahabat-sahabat aku.
Tetapi setelah puas mencari, tiba-tiba terpandangnya aku dkt satu tangga yg ditutupi dgn rantai besi. Timbul satu idea yg bijak,

"cari diorang kat atas la pulak"

Dgn daya perisik, aku berjaya menemui mereka dan menyelamatkan ayam aku dari dimakan oleh mereka. hahahahahaha xP . Selepas itu, berjalan lah pula ke Haadgen Dasz utk makan ais-krim jualah. Dan aku menikmati semua itu dgn hati yg best.

And aku mencadangkan kepada mereka supaya main ice skating tapi tidak jadi. Then ke Boling tapi tidak jadi dan lantas bergerak la kalian ke tmpt memanah di mana berdekatan dgn Pusat Boling. Lalu memanahnya aku ke sasaran dgn tak tepatnya malahan tangan kiri aku menggeletar tanpa henti dek kepenatan.

Izzy mengajak aku utk menonton cerita Twilight, tapi berdasarkan daya imaginasi aku. Starlight, eh Twilight tak mampu utk mengubat hati aku. Lalu dgn hati yg cekal dan tabah, Antoo Fighters jua lah pilihan aku. Dan aku bagi 10/10 markah kepada cerita itu kerana telah mengubat hati aku utk seketika dan menceriakan hidup aku.

Matahari terbenam lalu terbitlah si Botak Kuning yg mengeluarkan cahaya yg agak malap² di awan-awangan. Aku lantas membuat keputusan ingin balik. Tetapi jangkaan aku meleset kerana bas yg ditunggu-tunggu rupenye lambat smpai setelah hampir sejam jugak lah menunggu si kotak merah biru putih tu.

Maka mengorak lah langkah aku pulang dan sampai jualah aku di rumah ini dgn selamat pada pkul 1. Dan aku ingin tido sekarang.
Bye kawan-kawan. Terima kasih kerana sudi membaca blog aku ni :D