Sunday, May 25, 2014

Anak macam ini ...

Ok.
Aku tahu tajuk pada post terbaru aku ini agak terjulur sedikit satu persatu bangsat yang aku alami selama ini.
Tapi, bullshit wey !

Aku terkadang, rindukan di saat kau memanggil ku dengan penuh kasih sayang, bukan hanya dengan caci maki.
Wahai, insan yang dikenali sebagai ABAH !
Adakah kau sedar, perkataan "ANAK MACAM NI ! ANAK MACAM NI !" yang selalu kau ungkapkan dengan penuh perasaan marah, tanpa ada sedikit pun ! sedikit pun, kata2 yang penuh kasih sayang seperti dulu.

Apa, aku ini siapa bagi kamu ?
Anasir yang hanya bergelar anak mahupun si musibat yang hanya menumpang kasih (kalau ada) serta belas ihsan dari kamu, wahai seseorang yang aku damba... abah.

Apa, kamu tidak sadar akan sakitnya... cucuknya... bisa yang menular...
akibat dari kata kata itu, wahai abah ?

Apa, kamu tidak sadar, bahawa senjata yang paling tajam di dunia ini...
adalah lidah ?
Ianya pesanan dari Imam Ghazali R.A

Aku sadar, bahwa ceteknya ilmu serta iman mahupun segala-galanya di dunia ini...
jikalau ku hendak membandingkan ia dengan kamu.
Tapi percayalah...
Aku juga ingin rasa diberi kasih sayang dari keluarga...
Aku meronta. Aku kecewa. Aku sendiri.
Cukuplah didustai oleh sang mahluk yang digelar "Wanita".
Aku cuma mahu kasih sayang daripada suatu ikatan yang bergelar "Keluarga".

Tapi. Di mana?
Sejak kecil, dipukul, diheret, dihentak, dilibas, disepak, ditumbuk, sampai dikejar dengan parang.
Apa, aku ini apa ?
Bangsat barangkali ? Si penyamun ? Si gagal yang tidak bisa membahagiakan kamu, kerna aku tidak punya duit yang banyak seperti mana adik beradik aku ?

Apa, semua ini ?
Bangsat barangkali.
Biarkan aku sendiri.
Dalam dunia aku sendiri.
Tanpa ada sesiapa, yang menemani.
Cukup hanya aku.

Saturday, May 24, 2014

Kerna aku.. adalah aku

"SAMPAH ! TAK BERGUNA ! BAIK MATI JE ! HIDUP MENYUSAHKAN ORANG ! KALAU SATU HARI TAK MENYUSAHKAN, TAK BOLEH KE?"

Ini adalah ayat-ayat klise yang selalu digunakan untuk insan seperti aku.

Pabila kau sudah dikecam sebegitu rupa, persetankan mereka.
Mereka hanya tahu menilai, tapi tidak melihat apa di dasar hati kau.

Apakah kau perlukan perhatian dan kasih sayang ?
Terutama dari keluarga? mahupun daripada orang yang tersayang ?

Kau itu merujuk kepada aku. aku yang sedang melihat akan diri aku dari suatu sudut yang berlainan.
Dikecam sebagai kambing hitam, memalukan keluarga , tidak kenal apa itu kasih sayang sejak dari kecil , serta sering kali dipersalahkan walaupun bende itu tidak ada sangkut paut dengan diri aku ... walau sehalus debu.

Perasaan itu, pabila ditelan, dihadam, tapi tidak boleh dicerna ... hanya bermain di fikiran dan jiwa.

Satu.
Dua.
Tiga.
Masalah timbul, satu persatu, dua beserta tiga mahupun empat.
Aku hadapi keseorangan. Seorang. Diam. Sepi.
Itulah aku.

Apakah aku mahukan kasih sayang ? Terutama daripada keluarga ?
Sudah pasti aku mahukan ! Tapi akan aku tolak , satu persatu. Buat masa sekarang.
Kerna jiwa aku. Kosong, tiada terisi, hanya berkocakan, berpeleseran di tengah jiwa yang bangsat ini.

Aku pandang ke depan. Memikirkan akan sesuatu.
"Apakah aku ini, bisa begini selamanya ?"
"Memang akan ada sesuatu hikmah disebalik semua ini. Untuk aku pasakkan di dalam jiwa !"

ermmm ..
hidup aku lebih tenang sekarang.
walaupun tidak semewah korang korang semua.
tapi apa aku peduli ? asalkan hidup aku tak terganggu oleh syaitan syaitan yang bertopengkan manusia, berhatikan binatang, berperangai seperti iblis.
puas hati aku.
walaupun hati aku memang tidak akan pernah puas.

ah !
persetankan.
Aku perchaya , akan satu kewujudan. yakni Allah SWT.
Dia pasti tidak akan mensia-siakan aku.

Satu.
Dua.
Dan tiga.

Aku nak katakan.
Aku mungkin sampah di mata kau, kau dan kau !
Tapi aku rela jadi sampah di mata kau, kau dan kau sebab aku tahu.
Kau dan aku, satu kewujudan yang berbeza.
Kerna aku.

Adalah aku...

Friday, May 9, 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi

Assalamualaikum kepada pembaca pembaca blog aku.
Di pagi yang hening dan indah ini, aku tak menyangka dapat panggilan daripada sesesorang yang amat aku rindu...

Aku bermimpi tentangnya pada malam tadi, aku berjumpa dengannya, dapat bersua muka, dapat bercakap...
Aku rindukan dia sangat sangat sehingga air mata aku menitis tika aku ketiduran.

Tak aku sangka, aku dikejutkan dengan panggilan daripada dia. Ya, dia.
Aku gembira dapat bercakap dengannya setelah sekian lama aku tidak dapat bercakap.
Cukuplah sekadar suara, kalau aku melihat akan mukanya.
Aku pasti akan menangis kerinduan...

Terima kasih kerna menelefon saya.
Terima kasih sangat sangat.
Saya hargai... walaupun apa yang awak minta itu perkara biasa.

Terima kasih. Sekali lagi saya ucapkan...

Monday, May 5, 2014

Kadang-kala... aku teringatkan kamu.

Kadang-kala ... aku teringatkan tentang kamu.
Kadang-kala ... aku mahukan kamu.
Kadang-kala ... aku cuma mahukan kamu

cubalah mengerti, bahawa tak pernah aku curang pada kamu.

sedetik ...
sejam ...
sehari ...
sebulan ...
selama-lamanya .....

kenapa kamu memilih untuk curang di belakang aku, dan juga di depan aku ...
tahukah kamu, aku sakit sampai sekarang ...
sakit hati aku tidak pernah pulih.

hati yang pernah kau pilih, pada ketika dulu.
telah kau robek , cerca , herdik , menduakan , dan juga menghancurkannya...
kenapa ?

dan kenapa kau pilih untuk muncul kembali, setelah aku dengar kau telah bertunang daripada kawan kau.
apa kau tak serik lagi ? untuk curang walaupun kau telah bertunang dengan seseorang?
apa kau tak sedar lagi ?

atau kau mahukan aku ?
kalau ye kau mahukan aku, buktikan. tunjukkan. bukan hanya mengucap kata kata mahukan aku, sedangkan kau berfoya-foya di belakang aku pada bila aku menerima kau kembali.

cukuplah kau telah curang di depan dan di belakang aku...
dan juga kau keluar dengan kawan aku sendiri...
kenapa ?

jangan bilang kau tak mengerti .
jangan bilang kau masih muda .
jangan bilang kau tidak puas .

kerna semua itu bangsat.
kebangsatan itu yang menghantui diri kau.

pernahkah kau merasa seperti aku ?
pernahkah kau meletak diri kau di tempat aku ?
pernahkah kau cuba mengerti perasaan aku ketika itu ?
pernahkah ?

aku rindukan kau.
aku mahukan kau.

berubahlah, tunjukkanlah, dan buktikanlah yang kau bukan seperti dulu.
seperti si perawan yang tidak punya harga diri, di mana keinginan untuk memiliki seramai lelaki yang boleh ..

aku cuma mahu kamu... nur afiqah bte mohd hassim