Wednesday, December 3, 2014

Aku dan dia ~

Rabu , 3 Disember 2014 , 1:48 Petang

Selamat petang dunia ~

Aku baru bangun tido ... penat bekerja di malam hari.
Yup , tajuk pada petang ni , "Aku dan Dia".
Aku mimpikan dia , ya ... DIA (IQA).

Tapi yang tak best nye , tiap kali aku mimpikan dia .
Mesti dia curang dekat aku , entah la .. kenapa ~
Mungkin itu alamat untuk aku , supaya lupakan dia ...
AKu cuba ... cuba dan cuba, tapi gagal .

Pada mimpi tu , aku tengah bekerja , dan tika itu , aku baru keluar dari tandas dan sedang menuju ke bahagian penyambut tetamu di sebuah hotel , di tempat aku .
Aku terserempak dengan Iqa yang tengah mendaftarkan diri untuk "Check-In" di hotel tersebut ..
Aku diam . Kelu seribu bahasa pabila bersua, entah kenapa mulut aku yang sentiasa petah berbicara , terkunci .
Perasaan aku bercampur-campur , sedih , kecewa , gembira . entah lah bagaimana hendak ku katakan semua ini , tapi aku hanya diam . Dan memerhatikan dia saja .

Dan apa yang aku ingat , aku pergi ke pantai di Port Dickson sebab dah plan untuk pergi mandi kat sana .
Cuma aku lambat , sebabkan kerja aku .
Sampai sampai kat pantai tu (tak ingat nama pantai) , aku jalan ah kaki , sambil bakar rokok ~
Makin dekat aku dengan kawan kawan aku tu , aku terperasan akan sesuatu .
Aku nampak kelibat perempuan tengah bermain air , maksud aku .. ala yang mcm simbah air laut kat orang tu .
haaa macam tu laaa ~ bukan main ape .. aku nmpk perempuan tu tengah simbah simbah air kat kawan2 aku.
Mata aku tertumpu pada rantai yang dia pakai .... itu rantai aku !
Macam mana dia boleh pakai rantai aku tu ?
Terus aku pergi dekat perempuan yang tengah main air tu , (IQA LA MAKSUD AKU) .
Aku tanya kat dia "Mana awak dapat rantai tu ?"
Lantas kawan aku mencelah , "Sorry a din .. aku yang bagi rantai tu kat dia ... dia yang mintak"

Aku rasa geram gila , apsal ko gi amek rantai aku , pastu kau bagi kat dia .
Apa bagus sangat perangai kau ni ? Marah aku membuak ... dah la depan depan mata dia "check-in" ...
Ni amek rantai aku pulak , lepas tu apa pun aku tak tahu.
Aku cuba tenangkan diri aku dekat tepi pantai .. satu demi satu rokok aku bakar .
Kawan aku datang ... masih lagi meminta maaf akan hal tersebut .

"Din , sorry ah . Dia stalk kau kaw-kaw bro ~ Tempat keje ko , mana ko duduk skarang , no tepon kau , baju kau pun dia mintak satu dari aku ... katanya rindu bagai ."
Aku pandang kawan aku , lantas menanyakan soalan yang bukan macam soalan pun ~ "Rindu ?! Rindu macam tu ? Itu bukan rindu bagi aku , itu saja nak tambahkan luka di hati aku ni... ko pun tau aku kan , nampak je kental kat luar , tapi hati aku tetap macam ni, mudah pecah ... apesal die buat aku mcm ni ?? Kalau nak ... buat cara nak , jangan wat macam ni . Pedihhh beb !"

Perghhh , air mata jantan aku jatuh beb masa tu .
Hati aku pedih , perit gile masa tu .. kalau luka kat badan , boleh aku rawatkan .
Ni luka kat hati , mcm mana laaa aku nak rawat , sentuh , dan lihat ..
Aku nampak Iqa tengah berjalan sambil tunduk , menuju ke arah aku ..
Lantas aku palingkan muka aku ke tempat lain ... sambil menangis .
Tup-tup aku tersedar yang aku tengah menangis sambil bermimpi ...
Aku mengucap banyak kali , aku kesat air mata aku , aku duduk diam , sandar pada dinding ..
Mengingat kembali cebisan cebisan mimpi agar bisa aku contengkan di blog aku ni .
Dan inilah hasilnye , sedikit tapi sakit.

Aku , rindukan dia.
Mungkin , dia rindukan aku .
Atau mungkin tak ... hanya perasaan aku..

No comments: